Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.bun.em.bun] | امبون٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), ambung-ambung, buas-buas laut, Scaevola frutescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata embun-embun

Puisi
 

Asap api membakar embun,
     Rendang lada disimpul pulih;
Kalau kaca tangkainya embun,
     Pandang ada ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Seperti embun di hujung rumput.

Bermaksud :

Kasih sayang yang lekas hilang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEmbun menitis ke pohon mawar, Mawar biru berselang putih; Racun sudah jadi penawar, Hati yang rindu terpaut kasih.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api membakar embun, Rendang lada disimpul pulih; Kalau kaca tangkainya embun, Pandang ada ambil tak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaSeri Andalas sekota embun, Dari Gersik ke Surabaya; Kasih ibarat setitik embun, Hilang kabus nampak dia.
Kurik Kundi Merah SagaSeri Andalas sekota embun, Dari Gersik ke Surabaya; Kasih ibarat setitik embun, Hilang kabus nampak dia.
Kurik Kundi Merah SagaPisang embun di luar pagar, Sayang kundang masam isinya; Tujuh tahun sekam terbakar, Baru sekarang menyala apinya.
Kurik Kundi Merah SagaMustika embun tinggi warga, Dikulum anak Raja Naga; Tak termasuk pada sangka, Mata tidur bantal berjaga.
Kurik Kundi Merah SagaBulan mengambang embun menitik, Cahaya sampai serata dunia; Pokok cantik buah sebiji, Bila gugur masam rasanya.
Kurik Kundi Merah SagaTiup api embun berderai, Galah patah haluan perahu; Niat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaTiup api embun berderai, Turun ke padang memburu rusa; Niat di hati tak mahu bercerai, Hidup mati berkubur dua.
Kurik Kundi Merah SagaTiup api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat di hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.
1234

Kembali ke atas