Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[en.tah.en.tah] | انته٢

Definisi : 1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan: ~ dia sudah tidak ada lagi di situ; 2. = berentah; 3. ark keturunan yg kelima atau keenam; 4. ark kiraan atau hitungan nilai wang yg terkecil sekali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[en.tah.en.tah] | انته٢

Definisi : jangan-jangan; kalau-kalau: ~, dia sudah tidak ada di situ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata entah-entah

Puisi
 

Apa benda di tepi hutan,
     Entah hantu entah syaitan;
Tak biasa ribut serta taufan,
     Jangan berani belayar lautan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

ok

Bermaksud :

entah

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap padi seberang, Entah bertuai entah tidak; Jangan diharap cinta orang, Entah bercerai entah tidak.
Kurik Kundi Merah SagaApa benda di tepi hutan, Entah hantu entah syaitan; Tak biasa ribut serta taufan, Jangan berani belayar lautan.
Kurik Kundi Merah SagaEntah tembung entahkan tombak, Pakaian penyamun cucu perompak; Sekat penuh muatan petak, Langkah yang baik saya bertolak.
Kurik Kundi Merah SagaOndang-ondang terbang ke barat, Entah bertali entahkan tidak; Orang bertunang jangan diharap, Entah jadi entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaKapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaUnang-unang terbang ke barat, Entah bertali entahkan tidak; Orang bertunang jangan diharap, Entahkan jadi entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut pandan tiga kelopak, Orang mengail diolak tamban; Entah di mana badan tercampak, Saya menyanyi meninggalkan zaman.
Kurik Kundi Merah SagaPatah pelantik dibuat mengkawan, Ambil tempurung pecah ke batu; Entah adik ada bantuan, Dua burung sangkarnya satu.
Kurik Kundi Merah SagaMengail ke buntut jamban, Dapat pandan tiga kelopak; Bermain ingatkan zaman, Entah di mana badan tercampak.
Kurik Kundi Merah SagaSoldadu mudik enam orang, Tinggi berjamang pula; Lihat dek made awan terbang, Entah ke mana akan sampainya.
12

Kembali ke atas