Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata entahkan

Puisi
 

Kapak sekali ini,
     Entah membelah entahkan tidak;
Berdagang sekali ini,
     Entahkan kembali entahkan tidak.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap jagung kerbang, Entahkan berbuah entahkan tidak; Jangan diharap burung terbang, Entahkan singgah entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaKapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaUnang-unang terbang ke barat, Entah bertali entahkan tidak; Orang bertunang jangan diharap, Entahkan jadi entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaHendak kuteguk air di ruang, Langit mendung hujannya tidak; Apa dirajuk kepada orang, Entahkan kasih entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaPanggang simbubu tak bertulang, Entahkan pandan meluruti; Emak di kubur takkan pulang, Entahkan badan menuruti.
Kurik Kundi Merah SagaOndang-ondang terbang ke barat, Entah bertali entahkan tidak; Orang bertunang jangan diharap, Entah jadi entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaEntah tembung entahkan tombak, Pakaian penyamun cucu perompak; Sekat penuh muatan petak, Langkah yang baik saya bertolak.
Kurik Kundi Merah SagaJauh sungguh kota seberang, Dekat lagi kota Cik Dayang; Susah sungguh kasih seorang, Entahkan tidak kasih dan sayang.
Kurik Kundi Merah SagaApa dijolok buah kundang, Isinya putih manisnya tidak; Apa dirajuk kepada orang, Entah kasih entahkan tidak.

Kembali ke atas