Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.jar] | فجر

Definisi : 1. dinihari, subuh; ~ sidik dinihari benar, menjelang pagi; 2. cahaya kemerah-merahan di langit timur menjelang matahari terbit; ~ menyingsing (merekah) mulai pagi hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.jar] | فجر

Definisi : cahaya kemerah-merahan di langit sebelah timur sebelum matahari terbit. ~ menyingsing hari mula siang; terbit fajar. ~ sidik fajar yg menunjukkan masuk waktu subuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fajar

Puisi
 

Nampak fajar di Selat Sunda,
     Waktu pagi ayam berkokok;
Hijau jangan disangka muda,
     Sudah lama masak di pokok.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTerang hari disinar fajar, Terang fajar sampai ke senja; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabus nampaklah dia.
Kurik Kundi Merah SagaNampak fajar di Selat Sunda, Waktu pagi ayam berkokok; Hijau jangan disangka muda, Sudah lama masak di pokok.
Kurik Kundi Merah SagaHari hampir sudah siang, Fajar di hulu sudah benderang; Aku duduk di Muha Lawang, Makin bertambah hatiku pusang.
Kurik Kundi Merah SagaAyam ditambat juragan Mamat, Terbang lari waktu fajar; Biarlah lambat asal selamat, Tidak lari gunung dikejar.

Kembali ke atas