Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pinjaman wang dgn menyerahkan barang sbg cagaran utk tempoh tertentu (kalau tidak ditebus dlm tempoh tersebut barang itu akan menjadi milik orang yg memberi pinjaman); ~ gelap gadai tanpa izin; 2. = barang ~ barang yg diserahkan sbg cagaran hutang;menebus ~ menebus barang yg menjadi cagaran hutang; menjual ~ menjual barang dgn syarat barang itu dapat ditebus dlm tempoh tertentu; (kedai) pajak ~ = rumah ~ tempat meminjam wang dgn menyerahkan sesuatu sbg cagaran; surat ~ surat yg menandakan hutang dgn cagaran barang; ~ terdorong kpd Cina prb terlanjur, tidak mungkin ditarik kembali;bergadai mendapatkan pinjaman dgn memberi (menyerahkan) sesuatu cagaran: dia sanggup ~ utk membiayai persekolahan anaknya; ~ golok (bergolok) berikhtiar mendapatkan sesuatu dgn bergadai; ~ nyawa mempertaruhkan nyawa, meletakkan diri sendiri dlm keadaan yg boleh menyebabkan maut utk atau kerana seseorang atau sesuatu;menggadai 1. Id menerima cagaran utk wang yg dipinjamkan; 2. = menggadaikan: ~ tanah; ~ nyawa bergadai nyawa; ~ terdorong ke pajak, sehari sebulan juga prb sesuatu perbuatan yg terlanjur walaupun kecil akibatnya sama spt yg besar juga; menggadaikan 1. menyerahkan sesuatu (tanah dll) sbg cagaran hutang: keadaan hidupnya demikian terdesak hingga ia terdorong ~ harta bendanya; 2. menyerahkan atau meletakkan sesuatu dlm keadaan terancam atau sbg cagaran utk mendapatkan sesuatu faedah dsb, mempertaruhkan: dia sedih raja ~ imannya; tergadai telah digadai; orang ~ orang yg menjadi jaminan hutang; tercacak bagai lembing ~ prb tertegun kehairanan; gadaian barang yg tergadai;penggadaian perihal (perbuatan) menggadai;pegadaian rumah gadai, pajak gadai;penggadai orang yg menjalankan pekerjaan menggadai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pinjaman wang yg dilakukan dgn cara menyerahkan barang sbg cagaran. barang ~ barang yg diberikan sbg cagaran hutang. bergadai meminjam wang dgn memberikan cagaran: Dia terpaksa ~ utk membelanjai persekolahan anaknya. ~ bergolok berusaha mendapatkan wang dgn bergadai. ~ nyawa berusaha utk mencapai sesuatu dgn tidak menghiraukan keselamatan diri; menyabung nyawa. menggadai menerima barang sbg cagaran wang yg dipinjamkan kpd pemilik barang itu: Siapa yg ~ kebunmu? menggadaikan menyerahkan barang dll sbg cagaran hutang: Kerana kekurangan belanja, dia terpaksa ~ gelang dan kalung isterinya. tergadai sudah digadaikan; habis digadaikan: Kerana kuat berjudi, dua bidang tanahnya ~. penggadaian perbuatan menggadai atau menggadaikan. penggadai orang yg menggadai. pegadaian pajak gadai; tempat bergadai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gadai

Puisi
 

Hisap rokok dalam kelambu,
     Terbit asap menjadi abu;
Saya umpama golok kayu,
     Tetak tak lut gadai pun tak laku.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Gadai terdorong ke (pada) Cina.

Bermaksud :

Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTikus mondok tikus tempang, Makan dia atas para; Gadai golok gadai parang, Nak melepas rial belanja.
Kurik Kundi Merah SagaHisap rokok dalam kelambu, Terbit asap menjadi abu; Saya umpama golok kayu, Tetak tak lut gadai pun tak laku.

Kembali ke atas