[ga.dis] | ݢاديس
Definisi : 1. anak perempuan yg sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara: pemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua sahaja dgn seorang ~; 2. masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki): walaupun sudah lama bergaul mesra dgn laki-laki ia masih tetap ~; sudah hilang ~nya bukan anak dara lagi; 3. Id tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara: ayam ~; kuda ~;~ besar gadis yg berumur kira-kira 18 tahun; ~ kecil gadis muda yg berumur kira-kira 13 tahun; ~ sunti anak dara kecil yg belum baligh; ~ tanggung gadis yg sedang besarnya; ~ tua perawan yg sudah tua; bagai ~ julung bersubang prb angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dll); bagai ~ julung menumbuk prb rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan; spt ~ sudah berlaki prb anak dara yg kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dll);bergadis masih perawan; tidak ~ tidak perawan lagi; menggadis masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin; kegadisan perihal gadis, kedaraan, keperawanan: meskipun digoda oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;kegadis-gadisan bertingkah laku sbg gadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ga.dis] | ݢاديس
Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum parthenoxylon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ga.dis] | ݢاديس
Definisi : 1 anak perempuan yg sudah boleh berkahwin; anak dara: Muka ~ itu ditenungnya tepat-tepat. 2 anak perempuan yg belum berkahwin dan masih suci atau masih ada daranya: Walaupun umurnya sudah 35 tahun, tetapi ia masih ~. ~ besar anak perempuan yg berumur kira-kira 18 tahun. ~ kecil anak perempuan yg berumur kira-kira 13 tahun. ~ sunti anak perempuan yg belum baligh. ~ tua anak perempuan yg sudah tua dan belum berkahwin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)