Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ga/] | ݢاݢق

Definisi : 1. sj burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk; ~ paruh besar, Corvus macrorhynchos; ~ hutan = ~ paruh rampai, Corvus enca; 2. = ~ gunung sj burung, Cissa chinensis; 3. = ~ paruh emas sj burung, Urocissa flavirostris; ~ bersuara murai prb seorang yg hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yg baik; ~ lalu punggur rebah prb orang yg ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kpd yg lemah); ketika ~ putih bangau hitam prb pd zaman dahulukala; selama hitam ~, selama air mengalir jua prb kekal abadi (selama-lamanya); spt burung ~ pulang ke benua prb walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ga/] | ݢاݢق

Definisi : nama sj burung berbulu hitam yg suka memakan bangkai, Carvus macrorhynchos macrorhynchos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagak

Puisi
 

Gagak terbang dua kali lapan,
     Hinggap di pohon malim dewah;
Harap tuan saya tak makan,
     Nasi disuap pinggan pecah.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun,
     takkan putih bulunya.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaGagak di hulu gagak di hilir, Mari hinggap di hujung tanjung; Hendak di hulu hendak di hilir, Badan mana hendak menanggung.
Kurik Kundi Merah SagaGagak terbang dua kali lapan, Hinggap di pohon malim dewah; Harap tuan saya tak makan, Nasi disuap pinggan pecah.
Kurik Kundi Merah SagaBurung gagak tepi pagar, Cik Salleh orang berbudi; Ada juga kudengar khabar, Ombak bertepuk di tepi pantai.
Kurik Kundi Merah SagaBurung gagak baru bertelur, Kirai bulu duduk mengeram; Buah masak tak mahu gugur, Saya menunggu siang malam.
Kurik Kundi Merah SagaHempas-hempas jambat pulih, Ikat gagak dimakan api; Hitam lepas putih tak boleh, Buang tangga berhayun kaki.
Kurik Kundi Merah SagaHempas-hempas jambatan pulih, Ikat gagak dimakan api; Hitam lepas putih tak boleh, Buang tangga berhayun kaki.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang di Sungai Muar, Burung gagak di pohon beringin; Adik seorang sebagai penawar, Hati tidak kepada yang lain.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik berkecai-kecai, Mana sekecai dimakan gagak; Jangan saya terintai-intai, Kalau hendak ke mari dekat.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik berkecai-kecai, Mana sekecai dimakan gagak; Jangan saya terintai-intai, Kalau hendak ke mari dekat.

Kembali ke atas