Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ha.ru] | ݢهارو

Definisi : kayu yg harum (berasal drpd pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis);~ badak sj tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, Phyllochlamys wallichii; ~ dibakar kemenyan berbau prb orang yg menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang; spt buku ~ prb memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya; sudah ~ cendana pula (sudah tahu bertanya pula) prb orang yg berlagak tidak tahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ha.ru] | ݢهارو

Definisi : , = kayu ~ kayu yg harum baunya yg biasanya diperoleh dr pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaharu

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sukakan gaharu kerana baunya,
     sukakan guru kerana ilmunya.

Bermaksud :

Sukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tiada kayu gaharu, Hampas tebu jadi berbau; Sudahlah adat kita Melayu, Tak boleh dekat belum bersatu.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh harum bau gaharu, Tidak samalah dengan cendana; Sungguh banyak orang yang baru, Tidaklah sama orang yang lama.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh harum bau gaharu, Tidak samalah dengan cendana; Sungguh banyak orang yang baru, Tidaklah sama orang yang lama.
Kurik Kundi Merah SagaHilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu.
Kurik Kundi Merah SagaCari galah kayu di hutan, Singgah menetak cendana gaharu; Minta doa mudah-mudahan, Boleh rezeki datang selalu.
Kurik Kundi Merah SagaCik Dollah mudik bergalah, Hendak mencari si batang gaharu; Duduk salah berdiri pun salah, Nasi kutelan rasa hempedu.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina pergi ke hutan, Pergi ke hutan memburu rusa; Teras gaharu sangka bukan, Salah pandang rosak binasa.
Kurik Kundi Merah SagaNaik perahu belayar ke seberang, Menuju belukar menebang kayu; Bukan tak tahu zaman sekarang, Gaharu dibakar kemenyan berbau.

Kembali ke atas