Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gajah

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Gajah berjuang sama gajah,
     pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(77)

562

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Kuman di seberang lautan tampak, gajah(bertengger) di pelupuk mata tiada nampak

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Kuman di seberang lautan tampak, gajah(bertengger) di pelupuk mata tiada nampak,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTak mustahil gembala gajah, Gajah dibawa dua gembala; Dalam air kunampak wajah, Dalam api kupandang muka.
Kurik Kundi Merah SagaBerjumpa gajah dua serupa, Gajah kecil mati terkepung; Banyaknya lebih daripada adinda, Keningnya lentik bagai berladung.
Kurik Kundi Merah SagaGajah tua gadingnya bengkok, Masuk ke dusun mati ditembak; Sungguh baja gemukkan pokok, Kalau tak air kurus jugak.
Kurik Kundi Merah SagaGajah ini gading sembilan, Turun menyodok dalam dusun; Beralih tahun beralih bulan, Nanti dengar hamba nak pantun.
Kurik Kundi Merah SagaGajah mina hitam di laut, Tujuh hasta panjang gading; Halus pinggangnya bagai diraut, Susahkan cari bakal banding.
Kurik Kundi Merah SagaGajah kecil mati terkepung, Mari diikat dengan akar serawa; Gigi lentik bagai berladung, Abang juga orang yang lawa.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada gajah berjuang, Jemurlah beras di atas para; Kalau ada Allah menolong, Siang malam barat utara.
Kurik Kundi Merah SagaSelat Teberau lompat gajah, Sambil menanduk akar dedalu; Berderau rasanya darah, Hendaklah ke janda dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaSelat Teberau lompat gajah, Sambil menanduk akar dedalu; Berderau rasanya darah, Hendaklah ke janda dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaDari Jejawi ke Kubang Gajah, Jangan simpang ke Mata Air; Mungkir janji bukan mudah, Bagai pemotong belum dibayar.
123

Kembali ke atas