Kurik Kundi Merah Saga | Mudik galah hilir galah, Galah pusing di dalam perahu; Duduk salah berdiri salah, Hati runsing orang tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duduk galah berdiri galah, Galah memusing haluan perahu; Duduk salah berdiri salah, Hatiku runsing abang tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duduk galah berdiri galah, Galah memusing haluan perahu; Duduk salah berdiri salah, Hatiku runsing orang tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil sebatang membuat galah, Galah tercampak di tengah laman; Kenapa duduk sebatang karah, Kerana abang tak mencari teman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angkat galah sandar galah, Mari disandar di pohon pinang; Kalau alah mengaku kalah, Janganlah adik mengaku menang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil galah jolok kedondong, Galah patah menimpa dahan; Bukannya salah ibu mengandung, Sudah nasib permintaan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Galah tak sampai disambung dua, Lancang tenggelam kita berenang; Boleh jumpa dengan orang tua, Boleh abang kira meminang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Galah cengal perahu cengal, Muatlah sarat batang nibung; Sudah kenal buat tak kenal, Itulah tanda awaklah sombong. |
Kurik Kundi Merah Saga | Galah terpacak di tengah laman, Laman tempat orang berjudi; Bukan tak hendak mencari teman, Belum dapat teman sejati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang galah hujungnya tirus, Hendak mengait sarang merpati; Demi Allah sumpah putus, Sudah berjanji wajib tepati. |