Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambar gambar

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Disulam gambar dengan benang;
Hati ingin pulang ke kampung,
     Luasnya laut tidak terenang.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHari redup membuat gambar, Gambar dibuat dengan cermat; Hidup kita mahu sabar, Baru kita dapat selamat.
Kurik Kundi Merah SagaTudung saji hanyut terapung, Disulam gambar dengan benang; Hati ingin pulang ke kampung, Luasnya laut tidak terenang.
Kurik Kundi Merah SagaTudung saji hanyut terapung, Sulam mari gambar benang; Niat hati nak balik kampung, Lautan dalam tidak terenang.
Kurik Kundi Merah SagaBawa tombak bawa cermin, Rendang lada simpul pulih; Tengok gambar dalam cermin, Sungguh ada nak ambil tak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaMengeting kaki mengeting betis, Seperti benang sudah diisi; Dipandang jauh cantikmu alis, Gambar adik terkenang hati.
Kurik Kundi Merah SagaNasi hangat sayur pun hangat, Tumis lobak bersama bawang; Adik ingat abang pun ingat, Memandang gambar terkenang-kenang.
Kurik Kundi Merah SagaKe Muar sudah ke ladang belum, Anak-beranak mengambil angin; Pandang sudah temu belum, Ibarat gambar dalam cermin.
Kurik Kundi Merah SagaKe Badam sudah ke Muar belum, Anak beranak mengambil angin; Temu sudah kupandang belum, Ibarat gambar dalam cermin.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Acheh gunung pun Acheh, Kerbau balar dua sedenin; Tengok boleh nak ambil tak boleh, Seperti gambar dalam cermin.
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin ke Timur, Hendak belayar ke Benua Jawa; Dipanjangkan Allah apa ke umur, Hendak membeli gambar bernyawa.

Kembali ke atas