Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gantang

Puisi
 

Jangan diharap mengukus pulut,
     Pulut dikukus bergantang-gantang;
Jangan diharap kasih di mulut,
     Kasih pandai hilang datang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemukut di tepi gantang.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak dihargakan sangat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap mengukus pulut, Pulut dikukus bergantang-gantang; Jangan diharap kasih di mulut, Kasih pandai hilang datang.
Kurik Kundi Merah SagaSelagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji.
Kurik Kundi Merah SagaPantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang.
Kurik Kundi Merah SagaMakan cempedak bekal cempedak, Pergi ke laut mengail udang; Bertokok tidak meluakkan tidak, Saya melukut di tepi gantang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah bacang masak di tangkai, Hujan ribut jatuh melayang; Saya dagang tidak terpakai, Bagai melukut di tepi gantang.

Kembali ke atas