Kurik Kundi Merah Saga | Gendang Cik Samat gembala angsa, Telur angsa sarang setalam; Umat Muhammad punya bangga, Embun menitis serata alam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gendang bertabuh tigalah bangsal, Jamu-berjamu semangkuk jeluk; Nak menambat kasih yang tunggal, Macam ikan balik ke lubuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gendang ada tamburnya tidak, Bunyinya mari arak-arakan; Baik benar berbuat tidak, Dendam rindu boleh dibacakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ketuk gendang tiup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata burung punai, Ara masak ditunggu helang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul gendang sambil berdiri, Pukul gong sambillah duduk; Adik nak bawa ke rumah sendiri, Barang ke mana pun abang mengikut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul gendang meniup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata si burung punai, Kayu ara dah tunggu helang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul gendang hari Khamis, Bunga Melati dalam raga; Makin dipandang makin manis, Dalam hati menyala cinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gayung gendang pecah balai, Kusembah mari raja Cendana; Kamu dendam datang ke mari, Kami tak boleh datang ke sana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tak sabit ibu gendang kubimbit, Mari dipalu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Mana nak boleh turut bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tabit tak sabit gendang dibimbit, Saya nak palu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Saya nak bawa jalan bersama. |