Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tengking (hentakan kaki, ugutan, dll) utk menakut-nakutkan, gerantang; ~-gerantang = ~ sambal ugutan utk menakut-nakutkan saja; kalah ~ Id kalah suara, kalah kerana diugut; main ~ suka menakutkan orang; menggertak mengugut (mengancam, menakutkan) dgn suara yg keras dll: ia berjalan di hadapanku dgn muka yg marah, ~, dan menakut-nakutkan; menggertakkan 1. menghentak atau mengacu (sesuatu) utk mengugut: digertakkannya perisainya kpd anjing itu; 2. memacu (kuda) supaya kencang larinya: Patan itu pun naiklah ke atas kuda itu lalu digertakkannya; 3. mengeritkan (gigi, geraham) kerana marah dll; 4. Kl menggoncang (bekas barang dll) supaya isinya padat; gertakan 1. gertak; 2. perbuatan menggertak; penggertak 1. orang yg menggertak; 2. perkakas utk menggertak; 3. benda utk memberanikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata-kata atau hentakan kaki dll utk menakutkan orang: Jangan takut, itu cuma ~ saja. menggertak membuat orang menjadi takut dgn cara mengancam dll; melakukan sesuatu supaya orang menjadi takut: Orang tua itu telah ~ pemuda yg mengambil buah rambutannya. menggertakkan 1 memacu atau memukul kuda supaya berlari kencang. 2 merapatkan gigi atau mengeritkan gigi kerana marah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gertak I

Puisi
 

Gertak-gertak perahu Cina,
     Singgah bermalam di Tanjung Jati;
Panah gajah rusa yang kena,
     Rusa dilihat pelanduk yang mati.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaGertak-gertak perahu Cina, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Tembak rusa gajah yang kena, Suluh tengok pelanduk yang mati.
Kurik Kundi Merah SagaGertak-gertak perahu Cina, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Panah gajah rusa yang kena, Rusa dilihat pelanduk yang mati.
Kurik Kundi Merah SagaGertak sirih muda di ladang, Daun cengal dilirik-lirik; Kalau tak boleh adinda kucadang, Air sungai berbalik mudik.

Kembali ke atas