Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gigi

Puisi
 

Tidak tahan gigi ngilu,
     Makan pauh sisa tupai;
Tidak tahan hati rindu,
     Jalan jauh rasa tak sampai.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Mata telah rabun,
     bandar pun terbuka;
gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSakit gigi dimakan ulat, Tinggal sebatang dua batang; Tuan benci aku meluat, Tuan kasih aku sayang.
Kurik Kundi Merah SagaTidak tahan gigi ngilu, Makan pauh sisa tupai; Tidak tahan hati rindu, Jalan jauh rasa tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaKain genggang bajunya putih, Jahit mari gigi belalang; Sejak terpandang hatinya kasih, Tidak peduli nyawa hilang.
Kurik Kundi Merah SagaKain genggang bajunya putih, Jahit mari gigi belalang; Sejak terpandang hatinya kasih, Tidak peduli nyawa hilang.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Bintangor airlah merah, Tempat orang mencuci gigi; Kalau sungguh dipanjang Allah, Boleh kita berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaIkan puput di tengah muara, Si jarang gigi timbul berkawan; Malang hidup tiada saudara, Kalau sudi terimalah tuan.
Kurik Kundi Merah SagaRambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh ulam pun pauh, Tidakkah ngilu rasanya gigi? Adik jauh abang pun jauh, Tidakkah rindu rasanya hati?
Kurik Kundi Merah SagaGajah kecil mati terkepung, Mari diikat dengan akar serawa; Gigi lentik bagai berladung, Abang juga orang yang lawa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tiung terdongak-dongak, Mari dongak dalam perahu; Hendak bercium gigi rongak, Orang luar sudahlah tahu.
12

Kembali ke atas