Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~-gemilang (cemerlang) a) bercahaya sangat terang: disuluh oleh bulan purnama yg ~-gemilang; b) sl teramat elok atau cantik (bkn rupa): ~-gemilang cahaya muka Awang Sulung Merah Muda; c) paling baik: harapan yg ~-gemilang; hasil yg ~-gemilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; gilang-gemilang 1 bercahaya terang; terang sungguh; terang benderang: Matahari telah menyinarkan cahaya yg ~, menerangi seluruh alam. 2 baik sekali; sangat elok: Pasukan Leftenan Muda Adnan telah mencapai kejayaan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gilang

Puisi
 

Tinggi bukit gilang-gemilang,
     Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit manakan hilang,
     Itu nama kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTinggi bukit gilang-gemilang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit manakan hilang, Itu juga kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi bukit gilang-gemilang, Air di laut tenang-tenangan; Budi sedikit manakan hilang, Itu nama kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaMuara batu berumput, Kelekati gilang gemilang; Suara saja terluput, Dalam hati manakan hilang.

Kembali ke atas