Kurik Kundi Merah Saga | Guna apa senduduk sebatang, Di tepi jalan dahannya melintang; Saya duduk tuan datang, Bagaikan bulan dipagari bintang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Guna apa senduduk sebatang, Di tepi jalan dahannya melintang; Saya duduk tuan datang, Bagaikan bulan dipagari bintang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna bercerah, Kalau tidak bercahaya lagi; Apa guna nyawa berserah, Kalau tidak belajar lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna berkaki dua, Kalau tidak berjalan lagi; Apa guna kita bersua, Kalau tidak bersembahyang lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna sayur betik, Kalau tidak menggulai keladi; Apa guna berbini cantik, Kalau hidup tidak berbudi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna bunga raya, Kerana tidak berbau wangi; Apa guna rupa dan kaya, Kalau perangai tidak berbudi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna berkain batik, Kalau tidak berbaju kasa; Apa guna memandang cantik, Kalau tidak berbudi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna dayung direngkuh, Perahu payang kayu meranti; Apalah guna menunggu tumbuh, Yang hilang belum pun berganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna bermain lilin, Lilin asal dari lemak; Apalah guna jeling-menjeling, Tersalah jeling marah emak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. |