| Kurik Kundi Merah Saga | Apa gunanya kuning langsat, Walaupun putih terlalu pucat; Sekali dijeling terloncat-loncat, Tak usah macam si ikan sepat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa gunanya pasir sebumbun, Kalau tidak setinggi duduk; Apa guna kasih setahun, Kalaulah tidak seumur hidup. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Satu dua tiga empat, Lima setengah tidak gunanya; Belas memandang tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah juga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina pergi ke kota, Pakai mari kain cukin; Besar gunanya api pelita, Rupamu boleh tutup miskin. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Maritam berjunjung kandis, Karamuning lebat bunganya; Tubuhlah hitam dipandang manis, Putihlah kuning banyak gunanya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang lipan dua tubuhnya, Sayang ramuning lebat bunganya; Sungguh hitam tegap tubuhnya, Putih kuning apa gunanya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kayu hidup dimakan api, Sayang senduduk tanpa berbunga; Pada hidup baik kumati, Kalau kuhidup apa gunanya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tiada gunanya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ular lidi di pohon binjai, Mari terlanggar gugur ke tanah; Biar sejari kain cindai, Banyak berkodi apa gunanya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Mari panggang ikan setual, Orang Melayu makan di rumah; Sedang kembang tuan tak jual, Sudah layu apa gunanya. |