Kurik Kundi Merah Saga | Guruh petir penuba limbat, Pandan berjemur di seberang; Dua tiga mencari ubat, Ubat dapat badanlah hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Guruh dan petir penuba limbat, Pandan terjemur lindung bayang; Dua tiga mencari ubat, Badan bertemu nan kok senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum guruh di papan, Kilat sampai atas batu; Apa masalah dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa sebab guruh di hulu, Itu tanda airnya dalam; Kalau tidak berjanji dahulu, Masakan abang berjalan malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan menyuluh Batu Kayu, Tanam lada dari Acheh; Bunyi guruh saya merayu, Tidak disangka bercerai kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Suaranya riuh jatuh ke tanah, Jatuh ke tanah memakan padi; Bunyi guruh di dalam sawah, Apalah sebab hujan tak jadi? |