Kurik Kundi Merah Saga | Sudah lama tidak ke ladang, Habislah kangkung melilit padi; Sudah lama saya tak pandang, Habislah jantung melilit hati. |

Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak ke ladang tuan, Habislah padi dililit kangkung; Jikalau tidak memandang tuan, Hati beramuk dengan jantung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ke sini tumbang keranji, Habislah ranap pokok pinang; Kalau begini rupanya janji, Bilalah cakap boleh dipegang. |

Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak duduk di pintu, Apa dibuat mencari kutu; Habislah wang beribu-ribu, Sukalah hati mendapat menantu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok pisang beranak banyak, Ikan toman dibelah dua; Minta maaf banyaklah banyak, Habislah teman kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu. |