| Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur manis dimakan rusa, Peti belayar Negeri Keling; Buat manis hadapan kita, Hati berkisar tempat lain. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Jangan bicara di laman tangga, Cucur atap ke rumput juga; Jangan bicara di hadapan mata, Dalam dakap kurebut juga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Padi malar cero tak putih, Rambutan gading di dalam timba; Hati mana saya tak sedih, Buatan tuan di hadapan saya. |