| Kurik Kundi Merah Saga | Sangat hairan datuk di Jambi, Puyuh mengeram di atas getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan menderam tanah tak basah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Paya Sengeram batu berjari, Buah jering dalam petak; Hairan sungguh hati kami, Lautan kering timbul katak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pandai menari joget Melaka, Masyhur sampai negeri Siam; Hairan sekali di hati saya, Bercerai kasih di dalam diam. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah pulut di tepi kota, Buah dipetik sehari-hari; Cukup hairan hati saya, Intan manikam jadi sendiri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pangeran duduk di Jambi, Puyuh maharam di atas padi; Sangat hairan di hati kami, Guruh menderam hujan tak jadi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah pulut di tepi kota, Buah dipetik sehari-hari; Cukup hairan hati saya, Intan manikam jadi sendiri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tengku Pangiran Datuk di Jambi, Naik ke darat mencari getah; Berasa hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Datuk Pangeran masuk ke Jambi, Naik ke darat memotong getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Asam lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah. |