Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kamĀ­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan pekarangan rumah: laman, taman,

2. Bersinonim dengan muka surat.


Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Bersihkan halaman sendiri dulu,
     baru bersihkan halaman orang.

Bermaksud :

Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSerai serumpun di tengah halaman, Tempat murai menjejak kaki; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal pangkalan tempatku mandi.
Kurik Kundi Merah SagaSerai serumpun tengah halaman, Tempatlah murai berulang mandi; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal laman tempatnya mandi.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil lidi menyapu halaman, Burung tekukur memakan padi; Berjanji mati di tapak tangan, Hendak berkubur di hujung jari.
Kurik Kundi Merah SagaTanam keranji di tengah halaman, Keranji manis rumah Pak Ali; Sudah berjanji berpegangan tangan, Janji tidak berubah lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSayang keranji di tengah halaman, Disangka tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Diharap tidak berubah hati.
Kurik Kundi Merah SagaDayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman.
Kurik Kundi Merah SagaKalau hendak menjemur padi, Jemur mari tengah halaman; Cuba-cuba menabur budi, Kalau baik dibuat jaman.
Kurik Kundi Merah SagaSatu Cina satulah Melayu, Jalan-jalan tengah halaman; Jangan disangka bunga dah layu, Kalaulah kembang peruntuh iman.
Kurik Kundi Merah SagaHari panas bulan puasa, Jemur padi tengah halaman; Dapat emas bantal suasa, Tidak sama tidur di lengan.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana jalan ke Santubong, Berjalan kaki tengah halaman; Bagaimana cara menangkap burung, Tabur padi di tapak tangan.
123

Kembali ke atas