Kurik Kundi Merah Saga | Makan kugaul hanya sedikit, Air berkocak di dalam talam; Badan berpeluh mataku sakit, Angkat mengucap di tengah malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada sirih ada pinang, Nantikan gambir dengan kapur; Sudah dipilih sudah dipinang, Hanya menanti ijab kabul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Rhu di hujung tanah, Pokoknya beratur seperti jambangan; Kematian Mahsuri kerana fitnah, Kini hanya tinggal kenangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak mengajar bahasa tidak, Orang bersembang di batas padi; Berpandang ada bertegur tidak, Hanya mengharap di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak simpang bersimpang siur, Jalan yang mana tempat berhenti; Aku melimpang bukannya tidur, Hanya menenang di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Yong Kemadu Angsa, Tiga dengan Teluk Melati; Ketuk dek tudung haram tak biasa, Hanya menjeling sampai ke hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang di rimba tumbuhnya rotan, Tumbuh menjalar di luar kota; Siang malam jadi sebutan, Adinda seorang hanya tercinta. |