Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Hari-hari tolak bertimba,
     Jaraknya batang jambu;
Hari-hari tolak bercinta,
     Hajat hati guring sekelambu.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Hari tak selamanya panas.

Bermaksud :

Untung dan malang silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(49)

198

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Hari tidak selamanya panas

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, hari tidak selamanya panas. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(65)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuyong si amat Jutan, Lelap tinggi hari; Hari-hari gila sumpitan, Tegal dek burung terbang tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaHari-hari tolak bertimba, Jaraknya batang jambu; Hari-hari tolak bercinta, Hajat hati guring sekelambu.
Kurik Kundi Merah SagaHari-hari turun ke gua, Sarat membawa buah-buahan; Hari-hari mintakan doa, Lekas bertemu mudah-mudahan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang kepiting ketam kepiting, Hari-hari merendam lada; Kalau tak ada bukit ke dinding, Hari-hari bertentang mata.
Kurik Kundi Merah SagaHari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu anak orang, Hari-hari main perahu; Sungguhpun jalak ayam sabungan, Kokok jalak serba tahu.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Wahid anak Melayu, Hari-hari mengail udang; Orang menjahit saya tak tahu, Tentang menggunting jangan bimbang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak punai anak merbah, Hari-hari mengangkut sarang; Lautan lagi berubah, Inikan pula hati orang.
Kurik Kundi Merah SagaPokok rambutan tepi kolam, Buah dipetik hari-hari; Intan manikam berselang nilam, Cahaya melimpah dalam negeri.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Siantan ke sungai Singapura, Belayar menyusur hari-hari; Lemak santan manis bergula, Di dalam gula racun menari.
12345678910...

Kembali ke atas