Kurik Kundi Merah Saga | Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mingai puan mingai selasih, Mingai kembayat pergi berlembu; Tinggal tuan tinggal kekasih, Ada hayat baru bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ingat puan ingat selasih, Ingati kembagau berambu-rambu; Tinggal tuan tinggal kekasih, Ada hayat baru bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu tempatku mandi, Layang-layang di Padang Semu; Jangan sedih dalam hati, Ada hayat boleh bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh banyak duri, Kain kebayat di Padang Semu; Biar kurus jangan mati, Ada hayat boleh bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi berjalan jambatan panjang, Buat ketupat dimakan Mak Usu; Mudah-mudahan umur panjang, Ada hayat kita bertemu. |