Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bendalir berwarna kuning atau kehijau-hijauan yg dirembes oleh hati ke dlm usus utk membantu penghadaman lemak; 2. perkataan atau ucapan yg pedas (menyakit­kan hati dsb): perempuan itu memuntahkan ~ terhadap Herman; bagai ~ lekat di hati prb perhubungan yg erat, tidak dapat di­ceraikan (bkn persahabatan, perkahwinan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cecair bersifat alkali yg berwarna kuning kehijau-hijauan atau kuning kecoklat-coklatan dan pahit rasanya yg dirembes oleh hati utk menolong menghancurkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hempedu

Puisi
 

Sayang sirih dari seberang,
     Pokok mengkudu dahannya tinggi;
Seorang kasih seorang sayang,
     Bagai hempedu lekat di hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang sirih dari seberang, Pokok mengkudu dahannya tinggi; Seorang kasih seorang sayang, Bagai hempedu lekat di hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sirih dari seberang, Pokok mengkudu dahannya tinggi; Seorang kasih seorang sayang, Bagai hempedu lekat di hati.
Kurik Kundi Merah SagaCik Dollah mudik bergalah, Hendak mencari si batang gaharu; Duduk salah berdiri pun salah, Nasi kutelan rasa hempedu.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang tenang di hulu, Kain tudung hias di pintu; Jika terkenang masa dahulu, Jantung berperang dengan hempedu.

Kembali ke atas