Kurik Kundi Merah Saga | Hisap rokok di atas batu, Keluar di hidung asap apinya; Jalak berkokok biring tak tahu, Tedung pula jaga dirinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Santubong ke Teluk Tambak, Tempatlah budak berjalan kaki; Hidung mancung bersenyum tidak, Di situ tempat gilaku mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung pucung terbang melintang, Sudah melintang membujur pula; Cium hidung bayar hutang, Cium pipi berhutang pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cak pipit burung serindit, Mari mati di kaki bukit; Kucium hidung pipi tergigit, Kerana geram tak rasa sakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Tanjung ke Pulau Manis, Dua tiga ke Pulau Payang; Hidung mancung mulutnya manis, Di situ tempat hatiku sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari mana tajam puteri, Dari pokok ke tepi; Dari mana abangku cium tadi, Dari hidung sampai ke pipi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Manis sungguh tebu seberang, Manis di umbi sampai ke hujung; Manis sungguh adik seorang, Manis di pipi sampai ke hidung. |