Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji dari Semarang, Buat penutup asam pauh; Begini nasib hidup yang malang, Hidup seorang ibu jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hidup api jerang belanga, Hendak masak kepala kurau; Abang pergi jangan lama, Tiada kawan hendak bergurau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu hidup dimakan api, Sayang senduduk tanpa berbunga; Pada hidup baik kumati, Kalau kuhidup apa gunanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cekur manis separuh hidup, Masaklah kari berganti-ganti; Jangan ditangis cerai hidup, Lepas seorang berdua ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika begini mengalahnya, Kayu hidup dimakan api; Jika begini rasanya, Badanku hidup terasa mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cekur manis cemperai hidup, Lada muda di punca kain; Saya tak tangis bercerai hidup, Badanku muda mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cekur manis cemperai hidup, Hendak rama di punca kain; Kami tak tangis bercerai hidup, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit menebang kayu gerumang, Kayu hidup dimakan api; Sakit menumpang kekasih orang, Badan hidup terasa mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini naga-naganya, Kayulah hidup dimakan api; Kalau begini rasa-rasanya, Dari hidup baiklah mati. |