| Kurik Kundi Merah Saga | Zaman dahulu cermin cina, Hingga sekarang patah kakinya; Zaman dahulu saya punya, Hingga sekarang ada gantinya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau menangkap ikan kurau, Rentang jaring hingga ke seberang; Adat hidup sahabat bergurau, Sudah mati terbaring seorang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Manis sungguh tebu sebatang, Dari akar hingga ke pucuk; Manis sungguh mulut orang, Terkena tipu dalam pujuk. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Encik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Di tengah padang sambil berlari, Kita bermain hingga ke petang; Dengan tidak aku sedari, Rupa-rupanya dibenci orang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kusangka nanas dari permatang, Rupanya pandan tiada berduri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kusangka nanas atas permatang, Rupanya durian tajam duri; Disangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dipetik nanas dengan pedang, Dimakan orang Kuala Teri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupalah hujan di tengah hari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah beluru buah belerang, Buah pala atas bukit; Dari dahulu hingga sekarang, Jauh berbeza bukan sedikit. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kapal kecil kapal besar, Kapal tak pernah naik haji; Dari kecil hingga besar, Saya tak pernah mungkir janji. |