Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok), kayu trembesi, munggur, sulbin, Enterolabium saman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hujan-hujan I

Puisi
 

Kalau nak hujan hujan sekali,
     Boleh saya bertudung kain;
Nak buang buang sekali,
     Boleh saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Hujan emas perak di negeri orang;
     hujan keris lembing di negeri kita;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(61)

260

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak hujan hujan sekali, Boleh saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Boleh saya mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak hujan hujan sekali, Boleh saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Boleh saya mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaHujan di hulu hujan di hilir, Hujan turun rintik-rintik; Pandang dagu pandang leher, Pandang kening bertambah cantik.
Kurik Kundi Merah SagaHujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik.
Kurik Kundi Merah SagaHujan emas negeri orang, Hujan batu negeri sendiri; Abang jauh duduk seorang, Adik di sini ternanti-nanti.
Kurik Kundi Merah SagaPisau kecil baik dikilir, Supaya deras matanya tajam; Hujan di hulu hujan di hilir, Gunung tinggi bilakah karam?
Kurik Kundi Merah SagaHujan renyai-renyai, Pacat naik kaki; Orang bujang ramai-ramai, Pakat cari laki.
Kurik Kundi Merah SagaHujan rangkap Kuala Linggi, Tanamlah Lengkuas hutan seberang; Saya berangkat dari sini, Hati puas telinga terang.
Kurik Kundi Merah SagaHujan rintik-rintik, Mari berteduh di pokok sena; Jangan dipandang orang yang cantik, Orang yang miskin jangan dihina.
Kurik Kundi Merah SagaHujan ribut saya tak basah, Bukit Tenging bercabang tiga; Makan minum bujang tak susah, Sakit pening siapa nak jaga.
12345678910

Kembali ke atas