Kurik Kundi Merah Saga | Hujung Batu jauh di kota, Ke Bohor Temak membeli kopi; Benda tak tentu jangan dikata, Benda tak gamak selalu jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujung sirih berkedut-kedut, Susun sampai di kedai Cina; Kasih tuan membujuk-bujuk, Kasih tidak kekal lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hinggap mari di hujung ciku, Mari hinggap di ranting tua; Hendak mati di hujung kuku, Satu kubur kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur terbang melambut, Mari hinggap di pokok ciku; Hendak mati di hujung rambut, Hendak berkubur di hujung kuku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Umpan mari kulit duku, Orang mengail jauh ke laut; Kalau nyawaku di hujung kuku, Nyawa kau juga di hujung rambut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mali-mali hujung pangkalnya, Asam kandis asam gelugur; Kembalilah dagang asalnya, Duduk menangis pintu kubur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bungasena di hujung ranting, Ditiup angin gugur ke lain; Jika bunga tak hendak disunting, Boleh dibuat peraksi kain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam denak hujung tualang, Hutan batu bersimpul pulih; Hak jinak menjadi jalang, Ke mana hatiku hendak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ketitir hujung serambi, Putik belimbing bergetu-getu; Lepas diusik pada kami, Ambil adinda muka pintu. |