| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan memerah susu, Susu ditaruh di dalam talam; Saya tidak lupa ibu, Ibu menjaga siang dan malam. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Johor Bahru ibu negeri, Sultan Mahmud raja mulia; Berapapun cerah matahari, Bulan juga membawa cahaya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tak sabit ibu gendang kubimbit, Mari dipalu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Mana nak boleh turut bersama. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki; Walau setapak saya tak undur, Itu adat anak laki-laki. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kemili sejunjung naik, Mari digali dengan pahat putar; Ibu bapa sendiri jemputlah naik, Saya sudah bentangkan tikar. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Nisan batu tambak belian, Jari jangan diberi luka; Amanah ibu bapa pesan, Janji jangan diberi lupa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk perah selara perah, Pucuk kundur ngelai ke hulu; Ibu dan bapa sudahlah marah, Biar saya balik dulu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kapak di tengah laman, Tanam sirih tepi telaga; Ibu bapa tentu tak berkenan, Sekalian waris pun tak suka. |