Kurik Kundi Merah Saga | Anak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam mengeram di dalam sarang, Terbang ibunya makan padi; Hutan ditebas jadikan padang, Kenapa lalang tumbuh lagi? |
Kurik Kundi Merah Saga | Itik air baru berkepak, Cari makan dengan ibunya; Kalau tidak garam dicampak, Bolehkah masin kuah sebelanga? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kok den tapa burung den tapa, Terbang anaknya si kenari; Kok marah ibunya bapa, Kampung kok banyak tempat berlari. |