Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan dimakan ikan, Ikan bernama si jarang lidi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak ikan perkara ikan, Ikan bilis sedap sekali; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis pemurah hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak ikan perkara ikan, Ikan laut banyak lagi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis menarik hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar; Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan dimakan ikan, Ikan ini buang kepala; Hilang nyawa dari badan, Aku suka main berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Chah pukat dilanggar ikan, Ikan ada dalam perigi; Sila minta permata intan, Intan ada sekerat negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan dimakan ikan, Manakan sama ikan tenggiri; Mati ikan kerana umpan, Mati tuan kerana budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan kekek ikan gelama, Ikan tiada dalam sungai; Abang pergi tujuh purnama, Abang balik adik tak kenal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan petutu ikan pelata, Ikan puyu di sawah padi; Kalau sudah bertutuk dia punya harta, Tolonglah timbang agar memuaskan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan temenung ikan tenggiri, Ikan mati kena tuba; Duduk termenung seorang diri, Orang ditunggu tak kunjung tiba. |