Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.las] | اخلاص

Definisi : Ar (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.las] | اخلاص

Definisi : (dgn) hati yg bersih dan jujur; suci hati; rela: Kalau hendak menolong, tolonglah dgn ~. mengikhlaskan melakukan (memberikan) sesuatu dgn ikhlas; merelakan: ~ hutangnya. keikhlasan perasaan ikhlas; kesucian hati; kejujuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhlas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan suci, jujur, rela, tulus;,
Kata Terbitan : mengikhlaskan, keikhlasan,

Puisi
 

Kain culas di atas peti,
     Ditekat jangan diberi jangan;
Sudah ikhlas dalam hati,
     Diumpat jangan dipuji jangan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau hendak memikat kedidi, Anak beruk mari dikandang; Kalau ikhlas hendak berbudi, Helah jangan ke lain menyimpang.
Kurik Kundi Merah SagaKain culas di atas peti, Ditekat jangan diberi jangan; Sudah ikhlas dalam hati, Diumpat jangan dipuji jangan.
Kurik Kundi Merah SagaBubuh racun di dalam gelas, Kalau minum tentulah mabuk; Tuan terima dengan ikhlas, Boleh tidak saya nak masuk.
Kurik Kundi Merah SagaKain sarung bunga belais, Dikandung-kandung cuci di kaki; Tunduk terkidum menyapa ikhlas, Barulah sedap rasa di hati.
Kurik Kundi Merah SagaKain sarung bunga belais, Dikandung-kandung cuci di kaki; Tunduk terkidum menyapa ikhlas, Barulah sedap rasa di hati.
Kurik Kundi Merah SagaBaik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaTetak mengkuang sambil berdiri, Mari diikat akar mempelas; Kalau tuan menyerah diri, Kami terima dengan ikhlas.

Kembali ke atas