Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris; menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan; keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inggeris

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam mata keris,
     Saya berani membuang jiwa.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

48

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(49)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKapal Inggeris kapten Jerman, Teluk meneluk di Negeri Jawa; Putih kuning merubah iman, Hitam manis merubah nyawa.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam Laut Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa dalam tikaman keris, Saya berani menahan dada.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada.
Kurik Kundi Merah SagaSangat dalam laut Inggeris, Biar aku menebar jala; Berapa tajam hujung keris, Kerana cinta kutahan dada.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam lubuk Inggeris, Lebih dalam lubuk India; Berapa tajam sidak keris, Terlebih tajam tergesel mata.
Kurik Kundi Merah SagaLaju ajong terkikis-kikis, Si ambang-ambang si bunga kayu; Nombor satu mister Inggeris, Nombor dua cikgu Melayu.

Kembali ke atas