Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Pagi-pagi naik ke darat,
     Kerana hendak membasuh kain;
Buruk besi kerana karat,
     Hina manusia kerana miskin.


Lihat selanjutnya...(166)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBawa mari ke kedai Cina, Kerana itu buah dagangan; Hidup kita biar sempurna, Kerana dunia ini adalah tumpangan.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi naik ke darat, Kerana hendak membasuh kain; Buruk besi kerana karat, Hina manusia kerana miskin.
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu.
Kurik Kundi Merah SagaTebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaLimau manis batang berduri, Batang selasih dalam dulang; Mulut manis kerana budi, Hati kasih kerana sayang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan dimakan ikan, Manakan sama ikan tenggiri; Mati ikan kerana umpan, Mati tuan kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaRumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit.
Kurik Kundi Merah SagaBatang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat.
Kurik Kundi Merah SagaHari redup mari menuba, Dapat seekor ikan tapah; Bukan hidup kerana doa, Mati tidak kerana sumpah.
Kurik Kundi Merah SagaGalang kaki kelarai dua, Banyak orang pergi menempah; Hidup tidak kerana doa, Mati tidak kerana sumpah.
12345678910...

Kembali ke atas