Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Tompok airnya dalam, Sungguh dalam bercampur pasir; Orang Tompok banyak Islam, Sungguh Islam bercampur kafir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang bersalam di dalam perahu, Makan ubi dengan kurma; Orang Islam hendaklah tahu, Bilangan nabi dua puluh lima. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau perahu puan tenggelam, Anak buaya pandai berenang; Kalau dah tahu cara Islam, Bolehlah abang tolong ajarkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Akop menggali kolam, Delima batu dipenggal-penggal; Kalau dah sanggup jadi Islam, Lima waktu jangan ditinggal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyaklah banyak gelang di pasir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun satu, Satu mati sambar helang; Minta ampun Tuhan yang satu, Minta mati dalam Islam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berburu tidak mengejar pun tidak, Hendak masuk ke dalam hutan; Berguru tidak belajar pun tidak, Sesat tak tahu cara Islam. |