Kurik Kundi Merah Saga | Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon semancun tinggi sehasta, Tempatlah budak berjuntai kaki; Itulah pantun bukankah kata, Bukannya budak tidak mengerti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kemuning dibuatkan bendul, Semakin ditarah semakin baru; Nasi kuning berpagar telur, Itulah makanan pengantin baru. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pipit ampat dibilang anam, Terbang tinggi meninggalkan sarang; Sakit diubat mati ditanam, Itulah budi kenangan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi perak berdaun suasa, Buahnya mengurai emas merah; Sudah berbudi lagi berbahasa, Itulah tanda bistari bertuah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail di Kuala Bentan, Umpama dilumur dengan lumut; Menggunting dalam lipatan, Itulah musuh dalam selimut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung pucung terbang melintang, Hinggap mari Gunung Daik; Putih kuning sanggul melintang, Itulah tanda hati tak baik. |