Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jahat;

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bagaimana ditanam,
     begitulah dituai.

Bermaksud :

Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKuda jahat selalu meragam, Makin diajar bertambah pandai; Bulan terbit terangkan alam, Bintang timur terangkan pantai.
Kurik Kundi Merah SagaSenggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat;
Kurik Kundi Merah SagaPergi mengaji berbaju jubah, Mengangkat takbir suara jahat; Dulu janji tidak berubah, Mahunya besi lagi melarat.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu sarat muat pinang, Jangan lenggang timba lagi; Saya jahat jangan dikenang, Orang lain banyak lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBatu Pahat Sungai Kundur, Tempat tumbuh paku dulang; Kalau jahat baiklah undur, Jangan menyakit hati orang.
Kurik Kundi Merah SagaPaku pemahat paku perigi, Paku jangan berombak lagi; Aku jahat aku pergi, Aku jangan disebut lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu saya muat kendi, Jangan diliuk dilenggang lagi; Kami jahat biar pergi, Jangan cinta dikenang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaMinumlah kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juga; Jikalau sudah hati gila, Jahat dan baik kutolong juga.
Kurik Kundi Merah SagaApa dirisau abang diikat, Oleh membeli jeragan keli; Sudah hati adik terpikat, Jahat abang tidak peduli.
Kurik Kundi Merah SagaOrang darat menunggang kuda, Kuda ditunggang laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.
123

Kembali ke atas