Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj burung (termasuk jenis burung tiung, tetapi agak kecil sedikit), Sturnupostor jalla; 2. = ayam ~ ayam jantan yg berani (digunakan utk bersabung); 3. ki orang yg berani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jalak I

Puisi
 

Ada satu anak orang,
     Hari-hari main perahu;
Sungguhpun jalak ayam sabungan,
     Kokok jalak serba tahu.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAyam jalak kedua jalak, Ayam biring kuning kakinya; Adik pergi tergelak-gelak, Abang yang tinggal sumbing hatinya.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu anak orang, Hari-hari main perahu; Sungguhpun jalak ayam sabungan, Kokok jalak serba tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAyam jalak terlalak-lalak, Ayam biring kuning kakinya; Abang pergi tergelak-gelak, Adik tinggal sumbing hatinya.
Kurik Kundi Merah SagaAyam jalak terlalak-lalak, Ayam biring kuning kakinya; Abang pergi tergelak-gelak, Adik tinggal sumbing hatinya.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menyabung di balik buluh, Ayam jalak sisik berduri; Intan di gedung emas sepuluh, Jatuh terpijak habis sekali.
Kurik Kundi Merah SagaKenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan; Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman.
Kurik Kundi Merah SagaHisap rokok di atas batu, Keluar di hidung asap apinya; Jalak berkokok biring tak tahu, Tedung pula jaga dirinya.
Kurik Kundi Merah SagaBuah salak lambung-lambungan, Jatuh sebiji di sawah padi; Saya jalak ayam sabungan, Di sini tempat kutempa mati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah salak di dalam piring, Buah kedondong atas jendela; Kalau jalak lawan biring, Nanti tedung menuntut bela.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu anak Limbungan, Pergi ke pasar membeli kacang; Memang jalak ayam sabungan, Biasa mati tengah gelanggang.
12

Kembali ke atas