Kurik Kundi Merah Saga | Menjerat kerbau jalang, Jerat ditahan sembilan mata; Sedang jinak ditatang abang, Tidak boleh ditangkap saja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan diusik kerbau jalang, Jika digesel rebah juga; Kalau nasib memang malang, Sudah jatuh ditimpa tangga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang anak-anak, Sampai pasang hujung sana; Kerbau jalang baru nak jinak, Baru merapat kandang lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam denak hujung tualang, Hutan batu bersimpul pulih; Hak jinak menjadi jalang, Ke mana hatiku hendak boleh. |