Kurik Kundi Merah Saga | Jambangan tumbuh di besen, Akan dihantar Si Raden Galuh; Sapu tangan saya membikin, Pohon akan pemalit peluh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih cina jambangan cina, Lalu dibungkus di dalam kertas; Saja rupa adik tak bena, Di dalam hati haram tak lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih cina jambangan cina, Lalu dibungkus di dalam kertas; Saja rupa adik tak bena, Di dalam hati haram tak lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rautlah nyiru jambangan lidi, Jikalau mandi bersesah jangan; Jikalau mahu kami, Jikalau jadi menyesal jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Hati saya sudah merana, Di dalam hati mana nak lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Saja rupa bena tak bena, Di dalam hati haramtak lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Ayuhai tuan tumpang bertanya, Di dalam hati tidak lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Saya rupa tak beza, Di dalam hati rasa tak lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Helang laut helang jambangan, Helang di darat mematuk padi; Kalau diikut mata timbangan, Sama berat baru menjadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk pauh semangga-mangga, Puteri mandi dalam jambangan; Meski jauh rumah tangganya, Hilang di mata di hati jangan. |