Kurik Kundi Merah Saga | Anak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu anak Semarang, Pakai cukin kain jarang; Kalau tidak tunas di batang, Pokok yang mana boleh dicabang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sagalah buluh anggitnya jarang, Akan pemagar kijang rusa; Dalam sepuluh ada seorang, Yang tak tahu bertimbang rasa. |