Kurik Kundi Merah Saga | Dayang berkayuh ke Sungai Lampai, Rasaku kepenatan ke jari-jari; Jika niat tidak sampai, Sia-sia sahaja datang ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sebelah tangan jari lima, Dua tangan jari sepuluh; Niat hati tanam delima, Sampai masa peria tumbuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin ada di jari manis, Cincin di jari si anak raja; Dengar ke mulut sangatlah manis, Nak hidup bersama nak mati berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali main guli, Main guli masuk lubang; Apa peduli cincin di jari, Cincin di jari diberi abang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit barah sakitnya bisul, Sakit mari menghujung jari; Kami bertanya kepada usul, Untuk siapa cincin di jari? |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masuk menyembah jari bersusun, Raja di baruh baru menyembah; Kalau tak manis buah di dusun, Tidak kumahu makan buah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa sebab jari di tangan? Bentangku tuan menjadi sepuluh; Biji delima mula ditanam, Peria pahit menjadi tumbuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan jari berkelur, Oleh membeli di kedai Cina; Suka di tangan kerana seekor, Suka di hati bawa merana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bercincin di jari manis, Hendak kusimpan di dalam peti; Adik-adik tunduk menangis, Mari kita bersama mandi. |