Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kisi-kisi (jerjak) pd pintu atau jendela; 2. besi (kayu) yg menghubungkan pusat dgn lingkaran; 3. jejari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jari-jari.

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Menggigit jari (= telunjuk).

Bermaksud :

Kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDayang berkayuh ke Sungai Lampai, Rasaku kepenatan ke jari-jari; Jika niat tidak sampai, Sia-sia sahaja datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaSebelah tangan jari lima, Dua tangan jari sepuluh; Niat hati tanam delima, Sampai masa peria tumbuh.
Kurik Kundi Merah SagaCincin ada di jari manis, Cincin di jari si anak raja; Dengar ke mulut sangatlah manis, Nak hidup bersama nak mati berdua.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali main guli, Main guli masuk lubang; Apa peduli cincin di jari, Cincin di jari diberi abang.
Kurik Kundi Merah SagaSakit barah sakitnya bisul, Sakit mari menghujung jari; Kami bertanya kepada usul, Untuk siapa cincin di jari?
Kurik Kundi Merah SagaAyuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi.
Kurik Kundi Merah SagaMasuk menyembah jari bersusun, Raja di baruh baru menyembah; Kalau tak manis buah di dusun, Tidak kumahu makan buah.
Kurik Kundi Merah SagaApa sebab jari di tangan? Bentangku tuan menjadi sepuluh; Biji delima mula ditanam, Peria pahit menjadi tumbuh.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan jari berkelur, Oleh membeli di kedai Cina; Suka di tangan kerana seekor, Suka di hati bawa merana.
Kurik Kundi Merah SagaBercincin di jari manis, Hendak kusimpan di dalam peti; Adik-adik tunduk menangis, Mari kita bersama mandi.
1234567

Kembali ke atas