Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu jati pelampung pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Hatiku rindu tidak tertahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu jati melampung pukat, Sayang belunuk tidak berdahan; Buah hati ke mari dekat, Dendam rindu tidak tertahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu jati di tepi huma, Lilit akar ribu-ribu; Kalau hati inginkan bunga, Cari akal dengan tipu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau menebang kayu jati, Papan di Jawa mari dibelah; Bukan boleh sekehendak hati, Semuanya di bawah perintah Allah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan tebang jati, Biar serpih condong ke paya; Kalau tuan mencari ganti, Biar lebih dari saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan menebang jati, Biar serpih tumbangnya jangan; Kalau tuan mencari ganti, Biar lebih kurang jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Besar perahu Tanjong Jati, Muatan sarat ubi keladi; Kalau tahu diri tak mati, Penyakit tidak diubat lagi. |