Kurik Kundi Merah Saga | Teranduk melanggar Jawa, Jawa lari sebelah bukit; Jangan merajuk masku nyawa, Tidaklah boleh salah sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ajuk-ajuk pemarang Jawa, Jawa dari sebelah bukit; Jangan merajuk mahkota jiwa, Tidak kurasa salah sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Jawa pulang ke Jawa, Kisi-kisi tiang bersambung; Bukan mudah membuang nyawa, Nyawa tidak boleh diubah sambung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Jawa mengail todak, Dapat seekor dibawa pulang; Bumi tertawa langit tergelak, Tengok bulan di pagar bintang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Jawa membuat tapai, Raginya datang dari seberang; Selagi cita-cita tidak tercapai, Biar mati di rantau orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Jawa mencari benang, Mencari benang di atas bukit; Orang jauh jangan dikenang, Lama-lama jadi penyakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi Jawa ditaburlah orang, Padi muda dilurut juga; Beri sepuluh orang melarang, Hati muda diturut juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi Jawa ditaburlah orang, Padi muda dilurut juga; Beri sepuluh orang melarang, Hati muda diturut juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Jawa menggunting jubah, Jubah digunting dalam perahu; Hati saya tidak berubah, Hati tuan saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Jawa hilir ke kuala, Beli kain selepas Bali; Adik suka abangpun suka, Boleh kita mengikat janji. |