Kurik Kundi Merah Saga | Kalau dapat kelapa tumbuh, Kan den tanam di bawah jenjang; Kalau dapat kata nan sungguh, Kan digonggong dibawa terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau dapat kelapa tumbuh, Kan den tanam di bawah jenjang; Kalau dapat kata nan sungguh, Kan digonggong dibawa terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincang-cincang buah kuini, Hendak makan dengan gula; Leher jenjang si putih kuning, Duduk seorang atau berdua? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasir putih pasirnya panjang, Boleh tidak tumpang berhenti; Adik putih lehernya jenjang, Boleh tidak kutumpang mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Aishah kerani gudang, Satu minggu sekali datang; Badan kecil leher jenjang, Sangat rindu kalau tak pandang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing putih kucing Kak Dayang, Makan ketupat di atas tilam; Tubuh putih lehernya jenjang, Itulah tempat jiwa duk hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa digulai orangdi ladang, Pucuk kacang jela-berjela; Apakah Tenggang anak dagang, Hari petang jenjang orang hela. |